Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama Tahun 2017

Taiping - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai- pegawai dan staff anjuran Pejabat Pendidikan Larut Matang dan Selama yang diadakan dengan jayanya pada 14/ 07/ 2017 (Jumaat). Majlis ini bertempat di Dataran Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

Antara tetamu yang hadir termasuk Tuan Haji Aminuddin Bin Mhd Nor, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, En Khairol Anuar Bin Khalid, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, pegawai- pegawai dan staff. Turut yang hadir pada majlis ini tidak dilupa kepada pesara- pesara pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Pengetua serta Guru Besar sekolah.

Majlis dimulakan pada jam 3 petang dengan menyambut ketibaan para tetamu. Seterusnya, ketibaan tetamu kehormat YB Datuk Mohammad Zahir Bin Datuk Abdul Khalid, Exco Negeri Perak. Y.B Datuk Haji Ahmad Shalimin Bin Ahmad Shaffie, setiausaha politik kepada Menteri Besar. Y. A Orang Kaya Menteri Padukan Tuan, Datuk Haji Wan Mohd Isa Bin Datuk Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama serta Datuk Haji Kamaruddin Bin Awang, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama. 

En Raman Bin Nusi bertanggungjawab sebagai pengerusi majlis untuk menghidupkan bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Majlis diberkati dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Fadzilan @ Muhammad Fadzilan Bin Rasdi. Tidak lengkap sesuatu majlis itu tanpa menyelitkan persembahan bagi menghiburkan hati para hadirin yang hadir. Majlis ini dimeriahkan oleh kumpulan kugiran dari SMK Dr Burhanuddin, yang menariknya kugiran pelajar SMK Dr Burhanuddin menggunakan seruling yang sememangnya unik dan harmoni irama sepadunya apabila dialunkan.