Perhimpunan Bulanan Anjuran Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Kewangan dan Unit Penilaian dan Peperiksaan

Pada 26 Januari 2018, Perhimpunan Bulanan telah diadakan di Dewan Arif Budiman dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di mana Perhimpunan Bulanan ini  merupakan acara bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama. Majlis ini bertujuan mengetengahkan maklumat terkini dalam pengurusan , selain menyalurkan info dalam bidang pendidikan bagi kepentingan anak-anak didik warga LMS, di samping  mengeratkan  perhubungan seluruh warga PPD dan sekolah. Perhimpunan bulanan rasmi kali pertama ini dihadiri tetamu seramai 204 orang yang terdiri dari pegawai pendidikan daerah larut matang dan selama, pengetua dan guru besar.

Upacara ini dimulakan dengan Nyanyian Negaraku dan Negeri Perak, kemudian diikuti dengan bacaan ikrar penjawat awam oleh En. Mohd Azmi bin Haroun serta disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahrolazmi bin Jumari. Sepanjang Majlis ini, pelbagai acara dijalankan. Antaranya ialah Taklimat Pengurusan Kewangan disampaikan oleh En. Norazman bin Abd. Aziz. Taklimat ini menyampaikan maklumat terkini mengenai SIstem kewangan baru dan cara menguruskan kewangan sekolah dengan baik.

Seterusnya Taklimat mengenai Sistem EWS (Early Warning System) yang menerangkan tentang satu  Sistem yang boleh digunakan oleh semua guru dalam menganalisis Markah Peperiksaan dan memantau prestasi murid untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Thiyagarajan a/l Annamalai dan En. Zakaria bin Othman.

Selain itu, Taklimat mengenai Keselamatan ICT, Jawatankuasa Pemandu ICT dan Sekolah Angkat Juruteknik Komputer disampaikan oleh Pn. Suhana binti Mohd Alias, Pegawai Teknologi Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Perak.

Kesimpulannya, Majlis Perhimpunan Bulanan yang dianjurkan oleh Unit Kewangan, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Unit Penilaian dan Peperiksaan Berjaya mencapai matlamatnya kerana dapat menyampaikan pengetahuan dan maklumat mengenai Kewangan, Sistem EWS dan Keselamatan ICT.