Forum Amalan Terbaik SIPartner+ & SISC+ JPN Labuan Bersama PPD LMS

3 Mei 2018 – Seramai 9 orang pegawai SISC+ PPD LMS berangkat ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyertai Forum Amalan Terbaik anjuran JPN WP Labuan pada 4 Mei 2018. Turut sama dalam forum ini adalah pegawai-pegawai SIP+, SISC+ serta Penolong PPD dari PPD Batu Pahat, Petaling Utama, PPD Limbang dan PPD Beaufort.

Majlis bermula dengan ucapan aluan Pengurus Program DTP, Puan Norismah binti Hj Abd Moin. Terdapat 13 pembentangan semuanya:

  1. Penggunaan Analisis Swot dan Jadual Waktu Induk dalam bimbingan dan mentoring
  2. Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid
  3. 21st Century Pedagogical Kit – from Theory to Practice
  4. Coaching dan Mentoring: Memotivasikan Pengurus dan Memantapkan Pengurusan Sekolah
  5. Buku Rekod Bimbingan SISC+
  6. Borang Bimbingan Mencari Tahu
  7. Model Transkep KP: Pengupayaan Pemimpin Pertengahan
  8. Modul Bengkel Pembelajaran Terbeza: Mengurus Tadbir Pembelajaran Terbeza dalam PdPc.
  9. ’12 langkah’ – Meningkatkan Tahap Profesionalisme GDB melalui Kajian Tindakan.
  10. Tingkap Sintaksis
  11. Bimbingan dan Pementoran Helicopter View dalam meningkatkan kualiti GDB dan Prestasi Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Limbang, Sarawak.
  12. Dialog Prestasi ‘online’
  13. Toolkit Abad Ke21 Seramai 40 orang peserta yang menghadiri forum ini dan ianya dibuat secara santai di Bilik Seminar Melati Inn, W.P. Labuan.

Forum dikendalikan oleh En Mohd Nizam bin Yasim moderator yang cukup berpengalaman. Perkongsian yang ringkas tetapi padat serta memberi impak kepada kerja buat dan penambahbaikan tugas-tugas SISC+ dan SIP+. Program berakhir pukul 5.30 petang. Hari seterusnya kumpulan pegawai SISC+LMS dibawa untuk melawat di sekitar Labuan.

Kawasannya bersih dan terjaga. Antara tempat yang menarik adalah di kawasan tinggi Tanjung Kubong di mana terletaknya sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ yang diperbuat daripada lebih 23 000 bata merah yang diimport dari England. Ianya dipercayai sebagai rumah api bagi kapal-kapal yang berlalu dan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk di situ.

Perkongsian ilmu dan peluang melawat Pulau Mutiara Laut China Selatan adalah pengalaman yang boleh dikongsi bersama di kalangan pegawai PPD dan juga guru-guru di daerah masing-masing.