Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Selama 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Selama telah diadakan pada 16 Mei 2018 bermula  jam 8.30 pagi bertempat di Dataran Ilmu PPD LMS. Sambutan kali ini dihadiri oleh warga PPD dan disertai oleh  41 orang guru Bahasa Inggeris yang terlibat kursus CEFR. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan Negeri Perak, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Rifaei bin Ibrahim.

En. Khairol Anuar bin Khalid, Timbalan Pegawai Pendidikan menyampaikan ucapan. Beliau menyeru agar semua warga pendidikan menghayati tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan". Guru-guru perlu bertindak seiring dengan hasrat yang terkandung dalam tema tersebut. Beliau juga menyampaikan salam dan ucapan selamat hari guru daripada Tuan PPD yang tidak dapat bersama-sama kerana menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. 

Majlis diteruskan dengan membaca perutusan daripada Datuk Dr. Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En. Mohamad Shafik bin Mohamad Amin, Ketua Unit Pembangunan dan Kemanusiaan PPD LMS. Seterusnya nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh semua hadirin. Majlis diakhiri dengan upacara memotong kek sebagai simbolik sambutan Hari Guru Tahun 2018.