Bengkel Kerja Pengurusan Artikel Portal Dan Carta Organisasi Induk Bagi Tahun 2018

 
Keberkesanan laman portal web bagi setiap institusi memainkan peranan yang penting bagi menggambarkan bagaimana sesuatu institusi itu bergerak dan merancang program. Begitu juga bagi Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (PPD LMS) yang telah menganjurkan Bengkel Kerja Pengurusan Artikel Portal Dan Carta Organisasi Induk PPD Dan Sekolah-sekolah Daerah LMS. Bengkel ini dibawah kelolaan Unit ICT yang diketuai oleh Encik Suhairi Bin Haji Shoib dan disertai para pelajar praktikal dari semua unit yang berbeza. Bengkel yang memfokuskan tentang artikel portal ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Selama,PPD LMS dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. 
 
 
Bagi memberkati dan merahmati bengkel yang berlangsung pada hari tersebut, saudara Farid Hamidi Bin Abdul Rahman,iaitu pelajar praktikal dari Unit Hem telah mengetuai bacaan doa. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan taklimat sesi perkenalan Laman Portal PPD LMS (http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms/) oleh Encik Suhairi kepada para pelajar pratikal. Selain itu, para pelajar praktikal juga didedahkan tentang "System joomla!" untuk mengemaskini Portal PPD LMS. 
 
Dalam bengkel tersebut, para pelajar telah mempelajari cara bagaimana untuk mengemaskini artikel, memuatnaik gambar dan juga menyesuaikan susunan gambar ke dalam artikel. Bengkel diakhiri dengan aktiviti iaitu para pelajar  ditugas menyediakan artikel dan gambar yang sesuai untuk dikemaskini ke dalam Portal PPD LMS.