Bengkel Kerja Pengurusan Sistem Info PPD Dan Kemudahan Portal Rasmi

Sistem Info PPD merupakan sistem yang akan memaparkan info berkaitan maklumat komunikasi asas di kalangan pegawai dan staf PPD LMS. Matlamat sistem adalam berperanan sebagai Info Saluran Komunikasi Warga PPD LMS secara pantas di kalangan para pendidikan daerah Larut Matang dan Selama. Sistem ini dibina khas kepada para pegawai & staf PPD, pengetua, guru besar dan seluruh warga pendidik daerah Larut Matang Dan Selama. Bagi memantapkan penggunaan sistem, Tn Hj. Aminudin selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah telah mencadangkan agar diadakan bengkel kepada semua warga PPD agar pelaksanaan sistem boleh diketengahkan dan digunapakai unt semua peringkat.

Sebagai permulaan, bengkel telah diadakan bersama pelajar-pelajar pratikal PPD LMS. Fokus bengkel adalah supaya mereka dapat mengetahui asas kewujudan Sistem Info PPD dan seterusnya memahami peranan Portal Rasmi PPD LMS supaya dapat memberikan pemberatan terhadap apa yang perlu dipaparkan ke dalam jaringan web tersebut.

Seterusnya, bengkel telah disediakan dengan jadual lengkap yang melibatkan ke semua unit di PPD. Setiap pegawai dan staf yang berada di setiap unit diminta hadir ke bengkel untuk ditaklimatkan secara terperinci sehingga dapat melaksanakan dan melancarkan Sistem Info PPD dari segi kiriman pelaporan unit pada setiap minggu.

Bengkel bersama pegawai SISC+ (22 Mei 2018)

 


Bengkel bersama Unit Pembangunan Kemanusiaan (23 Mei 2018). Bengkel ini juga telah mendapat perhatian dari Ybhg. Dato Pengarah Pendidikan Perak iaitu Dato Hj. Mat Lazim Bin Idris. Kehadiran beliau telah memberikan suntikan semangat kepada para pegawai untuk terus memantapkan lagi Sistem Info yang telah diperkenalkan. Tambahan pula, Ybhg. Dato Pengarah sendiri memberikan cadangan agar sistem ini dibawa ke penggunaan peringkat negeri dan disebar luaskan kepada setiap PPD di negeri Perak.


  Bengkel bersama Unit-Unit Di PPD LMS (24-26 Mei 2018)