#QuranHour PPD LMS

#QuranHour merupakan sebuah kempen berimpak tinggi yang diinisiatifkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bertujuan menggalakkan individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal.

Pejabat Pendidikan Daerah LMS menyokong usaha yang baik ini. World #QuranHour yang dilaksanakan pada 22 Ramadan 1439H bersamaan 7 Jun 2018 diseluruh dunia telah berjaya dilaksanakan di peringkat PPD LMS bertempat di Bilik Mesyuarat Larut bermula jam 11.45 pagi sehingga pukul 1.00 petang yang melibatkan semua pegawai dan staff PPD LMS. Turut hadir ialah Timb. Peg. Pendidikan Daerah LMS, En. Khairol Anuar B. Khalid.

World #QuranHour dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Al-Fadhil Ustaz Lokman Bin Ibrahim berkaitan program ini. Berikut ialah perjalanan program

World #QuranHour :-

11:45 pagi - Taklimat World #QuranHour
12:00 tgh - Bacaan Surah Al-Fatihah dan terjemahan
12:05 tgh - Penerangan pengenalan Surah Al-Hujurat
12:10 tgh - Bacaan surah Al-Hujurat ayat demi ayat oleh Ustaz Fadzilan dan diikuti semua pegawai/staff ppdlms
- Bacaan terjemahan surah Al-Hujurat ayat demi ayat oleh Ustaz Lokman
12:45 tgh - Bacaan intisari dan pengajaran ayat surah Al-Hujurat 
12:50 tgh - Bacaan Iqrar Al-Quran
01:00 ptg - Bersurai