Aktiviti Senaman Pagi

Bermula daripada 13 November 2018, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (PPDLMS) telah mengadakan senaman setiap pukul 7.58 pagi. Pada hari yang pertama, senaman ini dimulakan oleh murid-murid dari Sekolah Kanak-Kanak Khas Bukit Jana yang dijemput oleh pegawai PPD dari Unit Pengurusan Sekolah iaitu Encik Ridzuan. Seterusnya, senaman ringan tersebut dikendali oleh Pelajar Praktikal daripada UiTM dan USAS iaitu Muhammad Hasif, Mohamad Asyraf, Ahmad Saffwan, Muhammad, Akmal Ifwat serta Muhammad Farhan pada minggu-minggu yang berikutnya. Seorang pegawai PPD iaitu Encik Raman juga tidak keberatan untuk tampil ke hadapan sebagai ketua senaman.

Sebelum senaman dimulakan, pagi tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Lokman. Bacaan doa ini bertujuan untuk memohon keberkatan dari Yang Maha Esa agar setiap tugas yang dilaksanakan berjalan dengan lancar. Setelah disudahi dengan bacaan doa, senaman dilakukan dalam tempoh 15 minit. Kaedah senaman yang dilakukan terdapat sekurang-kurangnya 8 teknik iaitu :

  • Memalingkan kepala
  • Merenggangkan tapak tangan
  • Menyilang lengan
  • Membongkokkan pinggang
  • Mengimbangkan badan dengan berdiri dengan sebelah kaki kanan dan diikuti kaki kiri
  • Merenggangkan tapak kaki
  • Squat
  • Aktiviti menarik dan menghembuskan nafas

Antara manfaat yang diperolehi melalui senaman ini adalah meningkatkan kecergasan fizikal dan tenaga untuk melakukan tugasan harian. Senaman pagi ini juga dapat memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan. Selain itu, kebaikan senaman yang kurang diketahui ramai adalah dapat meningkatkan jati diri dan mengurangkan keresahan. Perkara ini kerana, aktiviti senaman ini dapat memberi peluang untuk bergaul dengan orang ramai. Selanjutnya, senaman ini juga dapat mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung disebabkan keupayaan untuk memperbaiki dan mengawal paras glukosa dalam darah. Yang terakhir, kebaikan yang boleh didapati daripada aktiviti ini adalah mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.