Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Celcom 2018

 

Jumaat, 9 November 2018 bersamaan 1 Rabiul-awwal 1440 Hijrah di pagi yang mulia iaitu hari Jumaat penghulu segala hari, pihak syarikat Celcom SDN BHD telah berbesar hati untuk menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-4 iaitu “zakat” kepada asnaf-asnaf yang layak di daerah Larut Matang dan Selama. ‘Zakat’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘sedekah’ bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT. (Rujuk al-Ta’rifat:1/132) manakala Ibn Manzur pula memberikan definisi sedekah sebagai apa yang kita berikan kerana Allah SWT kepada golongan fakir yang memerlukan. (Rujuk Lisan al-Arab:10/196). Seperti yang dinukilkan dalam al-Quran yang bermaksud:

 “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah -9:60).

 

  • photo_2018-11-09_10-17-50
  • photo_2018-11-09_10-17-52 (2)
  • photo_2018-11-09_10-17-54
  • photo_2018-11-09_10-18-01
  • photo_2018-11-09_10-18-08
  • photo_2018-11-09_10-18-12

Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Celcom kepada asnaf-asnaf dimulakan dengan bacaan yasin pada pukul 8 pagi di perkarangan Dataran Ilmu Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah PPD Haji Aminudin bin Mhd Nor. Majlis di mulai dengan pembuka bicara oleh Cikgu Raman bin Nusi sebagai pengacara majlis dan disertai doa bagi memberkati majlis oleh al fadhil Ustaz Lokman bin Ibrahim. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kata-kata aluan oleh Tuan PPD seterusnya merasmikan majlis pemberian zakat Celcom. Majlis tersebut diwakili sendiri oleh 2 orang pegawai Celcom iaitu Puan Siti Norhanim bt. Hashim sebagai Ketua Jabatan ‘Governance and Risk Assurance’ dan Puan Hasliza bt. Abu Bakar iaitu Pengurus Cukai Koperat juga merangkap sebagai Persatuan Zakat Celcom. Seramai 134 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah daerah Larut Matang dan Selama telah hadir bersama pengetua-pengetua mereka bagi meraikan majlis tersebut. Pelajar yang menerima pemberian zakat oleh pihak Celcom merupakan insan yang bertuah setelah ditapis oleh pihak sekolah dan PPD. Setiap pelajar yang layak menerima zakat Celcom mendapat baucer bernilai RM 250 yang boleh ditebus di Pasaraya The Store yang berhampiran.

 

Setelah selesai pemberian zakat Celcom kepada para pelajar, Pihak PPD juga turut mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati dan sijil sebagai tanda penghargaan kepada wakil Celcom yang hadir menjayakan majlis tersebut. Selesai pemberian zakat kepada asnaf dan cenderahati kepada kakitangan Celcom, majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar bersama-sama pegawai Celcom yang hadir sebagai kenang-kenangan. Akhir sekali, pihak PPD mengadakan jamuan makan kepada tetamu yang hadir sebelum majlis besurai. Pelbagai hidangan menu yang enak disajikan kepada tetamu yang hadir.  Majlis berjalan dengan lancar dan bersurai pada pkul 11.30 pagi. Diharapkan dengan pemberian ini, para pelajar dapat menggunakan sebaiknya dalam membeli keperluan sekolah.