Majlis Anugerah Kecemerlangan Anjuran Unit Pembangunan Kemanusiaan

Majlis Anugerah Kecemerlangan telah diadakan pada hari Jumaat, 16 November 2018 bertempat di Hotel Taiping Perdana. Majlis ini bermula pada jam 2:30 petang dan tamat pada 6:00 petang.

Majlis yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Kemanusiaan ini telah dihadiri oleh pegawai dan staf dari Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama. Selain itu, majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan.

Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran penerima anugerah. Penerima anugerah dibahagikan kepada enam kategori. Sejerus selepas ketibaan ketua-ketua jabatan dan tetamu jemputan, lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak dinyanyikan. Acara diteruskan lagi dengan bacaan doa untuk memberkati majlis penyampaian anugerah ini.

  • 46443399_10216377785290541_4484701646714044416_n
  • 46444381_10216377766370068_8110443244778684416_n
  • 46445269_10216377754569773_2810787311883649024_n
  • 46450822_10216377750049660_2306076045549240320_n
  • 46451011_10216377759649900_5872355715481337856_n
  • 46451690_10216377739369393_2246104579676569600_n
  • 46453165_10216377776810329_9140647638134161408_n
  • 46456280_10216377748409619_8405186071251386368_n
  • 46456300_10216377782250465_4670111046965395456_n
  • 46472485_10216377761209939_5894562027841519616_n
  • 46473878_10216377765130037_45583823647277056_n
  • 46476165_10216377759089886_3707337060336533504_n
  • 46477136_10216377805491046_6403019441960910848_n
  • 46480538_10216377765850055_2493740346580664320_n
  • 46485494_10216377757929857_8467956636030337024_n
  • 46502349_10216377747089586_1122938715870593024_n
  • 46503152_10216377768090111_6552280928570310656_n
  • 46513637_10216377739809404_2267297193855549440_n
  • 46518784_10216377780530422_8079458053625217024_n
  • 46523997_10216377777610349_4997869205438070784_n

Untuk memeriahkan lagi majlis pada petang itu, tayangan multimedia telah dimainkan untuk tontonan jemputan. Tuan Haji Aminudin Bin Mhd. Nor, selaku pegawai Pendidikan daerah memberikan ucapan dan diteruskan dengan perasmian oleh Yang Berhormat Teh Kok Lim, ahli parlimen Taiping.

Persembahan zapin, tarian tanglung dan nyanyian telah diatur untuk menghiburkan tetamu sementara penyampaian anugerah mengambil tempat. Penyampaian anugerah dibahagikan kepada dua sesi iaitu Anugerah Hal Ehwal Murid dan Anugerah Kokurikulum untuk sesi pertama dan Anugerah Sukan dan Penyampaian Cenderamata untuk sesi kedua.

Majlis ditamatkan dengan jamuan makan.