Pembentangan Akhir Praktikum 2018-2019

Pada tarikh 19 Disember 2018, bersamaan hari rabu telah berlangsungnya Pembentangan Akhir Praktikum dari Unit ICT di Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (PPD LMS). Untuk meraih kelayakan bergraduan daripada jurusan yang diceburi, Kursus Latihan Industri perlu diambil terlebih dahulu sebelum menamatkan tempoh pengajian selari dengan syarat kursus yang ditawarkan. Perkara ini merangkumi pelajar-pelajar Diploma Multimedia dan Diploma Teknologi Maklumat (IT) daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) serta pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Antara perkara yang dibentangkan oleh pelajar diploma iaitu Akmal Ifwat, Muhammad, Ahmad Saffwan dan Mohamad Asyraf daripada USAS adalah rekacipta terhadap antaramuka Open Broadcaster Software (OBS) mengikut kepada setiap tema perayaan dan sambutan di Malaysia serta menjadi juru teknikal kepada perisian tersebut. Mereka juga turut mengemaskini takwim yang sedia ada di Portal Rasmi PPD LMS untuk dipaparkan pada OBS tersebut. Perkara lain yang dibentangkan oleh mereka adalah kendalian mereka terhadap pertolongan yang diminta daripada pegawai-pegawai dan staff seperti membaiki kerosakan peranti, memasang kelengkapan majlis, serta menjaga kaunter Unit Pengurusan Sekolah.

Pembentangan yang ke-5 dan ke-6 dibentangkan oleh pelajar praktikum Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer iaitu Muhamad Hasif dan Fatin Ajeerah. Mereka membangunkan sebuah sistem berkenaan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) untuk Unit Pengurusan Sekolah. Urusan KGSK ini diuruskan oleh En. Yang Shakawi iaitu Pen. PPD KGSK. Dengan adanya sistem ini, dapat mempermudahkan proses permohonan guru-guru ganti secara online.  Sebelum ini, setiap permohonan guru ganti perlu dibuat secara manual iaitu pemohon harus memuat turun borang KGSK di dalam portal rasmi PPD. Namun, dengan adanya sistem KGSK ini, sistem ini dapat melancarkan dan proses permohonan KGSK akan menjadi lebih teratur. Pembentangan ke-7 dibentang oleh Nur Azmina iaitu pelajar praktikum Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Beliau menambah baik sistem GStaf yang sedia ada dengan menggabungkan pengkalan data dua sistem yang sedia ada iaitu ekehadiran dan egerak. Sistem ini diselia oleh En. Suhairi iaitu Pen. PPD ICT di PPD LMS. Tujuan penggabungan kedua-dua sistem ini adalah untuk memastikan pengurusan sistem yang lebih efisian.  Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah dengan menggabungkan fungsi pendaftaran kakitangan PPD agar sistem yang dibina akan­ lebih mesra pengguna.

Akhir sekali, dengan wujudnya program latihan industri di PPD ini dapat mendedahkan pelatih-pelatih kepada industri professional dalam bidang masing-masing. Pelatih-pelatih industri dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi, disamping satu usaha ke arah melahirkan graduan yang berketerampilan baik dan berdaya saing. Selain daripada itu, pelatih dapat didedahkan kepada ilmu pengetahuan, pengalaman, dan persekitaran perkerjaan yang tidak diperoleh semasa belajar. Selain daripada itu, secara tidak langsung dengan adanya program pratikal ini, hubungan antara universiti dan industri dapat dieratkan.

  • photo_2018-12-20_15-58-02
  • photo_2018-12-20_15-58-07
  • photo_2018-12-20_15-58-11
  • photo_2018-12-20_15-58-28
  • photo_2018-12-20_15-58-32
  • photo_2018-12-20_15-58-38
  • photo_2018-12-20_15-58-44
  • photo_2018-12-20_15-58-49